
Salam semua.kali ni kakak nak ajar kamu mengenai topik ketaksamaan linear.Sebelum tu,kakak nak kamu beri perhatian supaya kamu faham apa yang kakak ajarkan.
KONSEP KETAKSAMAAN LINEAR
Konsep asas ketaksamaan digunakan semasa kita membuat pembandingan ukuran atau bilangan satu kuantiti tertentu atau dengan yang lain. Contoh yang kakak bagi adalah,
✿ Linda adalah lebih tinggi daripada Geha.
✿Nilai 54 adalah lebih kecil daripada 87.
Ketaksamaan linear juga dikaitkan dengan had atau syarat dalam sesuatu situasi tertentu. Contohnya:
✿Had laju memandu dilebuhraya adalah 110km/j.

TAKRIF KETAKSAMAAN DAN KETAKSAMAAN LINEAR DALAM SATU ANU.
Ketaksamaan adalah hubungan antara dua kuantiti yang berbeza. ✿contoh => nilai 5 lebih besar dari 3
Ketaksamaan linear dalam satu anu adalah hubungan tidak sama antara satu anu yang kuasanya 1 dengan suatu nombor.
✿contohnya => nilai r lebih besar daripada 9.
maka di sini, r adalah satu anu dengan kuasa satu.

SIMBOL BAGI KETAKSAMAAN LINEAR
Sekarang kita tengok pula simbol yang digunakan dalam menulis hubungan bagi ketaksamaan linear. Dekat sini kakak dah senaraikan maksudnya sekali. Simbol ini sangat penting dalam topik ini. Jadi kakak nak kamu sentiasa ingat simbol ini.
Simbol ketaksamaan | Maksud |
> | Lebih besar daripada |
< | Lebih kecil daripada |
≥ | Lebih besar daripada atau sama dengan |
≤ | Lebih kecil daripada atau sama dengan |

MENENTUKAN KETAKSAMAAN LINERAR DALAM SATU ANU
Sekarang ni kita belajar cara macam mana nak menentukan ketaksamaan linear dalam satu anu.✿p > 6 ketaksamaan linear dalam satu anu.
✿k2≤ 43 bukan ketaksamaan linear dalam satu anu kerana k adalah berkuasa dua.
✿ab < -2 bukan ketaksamaan linear dalam satu anu kerana terdapat dua anu iaitu a dan b.
✿h + d ≤ 53 bukan ketaksamaan linear dalam satu anu kerana terdapat dua anu iaitu h dan d.
✿9u ≤ 76 ketaksamaan linear dalam satu anu.
ok, berdasarkan contoh-contoh yang kakak berikan tadi. kita boleh membuat kesimpulan dimana sebutan algebra mestilah sebutan linear. so, sekarang ni kamu boleh nampak dengan jelaskan apa yang dimaksudkan dengan ketaksamaan linear.
Jadi sekarang ni kakak nak kamu buat beberapa soalan latihan untuk kamu faham dengan lebih jelas lagi tentang ketaksamaan linear.
✿Latihan 1✿
Nyatakan sama ada setiap ketaksamaan berikut merupakan ketaksamaan linear dalam satu anu atau tidak. kakak nak kamu nyatakan skali sebab bagi setiap jawapan yang kamu beri.
a) q ≥ 54 b) 6k/7 ≥ 8 c) 8z t 32 < 96 d) t2 + 2s ≤ 12
NILAI ANU BAGI KETAKSAMAAN LINEAR DALAM SATU ANU
Dalam ketaksamaan linear dalam satu anu terdapat beberapa nilai yang mungkin, contoh yang kakak bagi dekat sini adalah: ✿Contoh 1: Diberi g < 5 , dimana g adalah interger positive. Maka nilai-nilai g yang mungkin adalah g=1,2,3,4
✿Contoh 2 : Diberi t ≤ 5 , dimana t ialah nombor bulat maka nilai t yang mungkin adalah t = 5,6,7,8,9
Sekarang kakak nak kamu perhatikan contoh 1 dan contoh 2. Kalau kamu perhatikan simbol ketaksamaan dalam contoh 1 adalah < , maka nombor 5 tidak termasuk dalam senarai nilai yang mungkin.
manakala dalam contoh 2 pula, simbol yang digunakan adalah ≤ , maka nombor 5 termasuk dalam senarai kerana seperti jadual yang kakak tunjukkan tadi, kamu dapati simbol itu bermakna lebih besar atau sama dengan.

MEWAKILKAN KETAKSAMAAN BAGI GARIS NOMBOR
Selain itu, suatu ketaksamaan juga boleh diwakili oleh garis nombor. Contohnya seperti:


✿✿ Ok, kelas kita habis sampai dekat sini tapi kamu jangan lupa untuk buat latihan bagi topik ini..Salam.✿✿


No comments:
Post a Comment