
glitter-graphics.com
DEFINISI MATEMATIK
Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep seperti kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah yang berkaitan dengannya.Benjamin Peirce menyebutkannya sebagai "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan corak-corak baru dan membuktikan kebenarannya melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.

glitter-graphics.com
TATATANDA MATEMATIK
Tatatanda matematik ialah satu sistem penulisan(juga satu bahasa formal)yang digunakan utk merekodkan konsep-konsep dalam matematik. Tatatanda yang menggunakan simbol atau ungkapan bersimbol yang bertujuan untuk menyampaikan makna semantik yang tepat. Ia terdiri dari simbol ringkas iaitu nombor 1 dan 2, simbol-simbol fungsi seperti sin dan +, simbol konsep seperti lim, dy/dx, persamaan serta pembolehubah dan tatatanda diagram kompleks seperti tatatanda grafik Penrose dan diagram Coxeter-Dynkin. Dalam sejarah matematik, simbol-simbol ini telah menandakan nombor, bentuk, corak dan perubahan. Tatatanda juga boleh merangkumi simbol-simbol untuk bahagian-bahagian dalam wacana konvensional antara ahli matematik, apabila melihat matematik sebagai satu bahasa.

glitter-graphics.com
NOMBOR PERTAMA
Penggunaan nombor buat pertama kali adalah sekitar 30000 SM, ketika gundal digunakan oleh orang Paleolitik.Sistem ini tidak mempunyai konsep nilai.Sistem pertama yang diketahui mempunyai nilai tempat ialah sistem asas 60 Mesopotamia(k.k 34000SM), dan sistem asas 10 terawal yang dikenali wujud sejak 3100 SM di Mesir.

glitter-graphics.com
No comments:
Post a Comment